Wednesday, November 08, 2006

ILMU ITU BARANG KECICIRAN ORANG-ORANG MUKMIN

Sebenarnya saya ingin upload semua ilmu yang telah saya catatkan dalam JOURNAL atau buku hitam peribadi yang saya simpan lama dahulu. Entah macam mana di dalam cd-rw yang saya bawa hari ini cuma ada senarai pendek sahajA. Tidak mengapalah..mungkin tiada rezki kita. Insyaallah saya akan usulkan semula kelak bila tiba masanya.

ILMU ALLAH

Bismillahhirrohmaannirrohim

Alhamdulillah Mahasuci Allah Dia lah Dzohir dan Dia lah Bathin.
Bersyukur kepadanya kerna dapat di mudahkan dan berpeluang menyebar dan menulis di JOURNAL PERIBADI sdra Mahadzira Al Baqi.
ILMUL RAUDHATI ALLAHU AL WALIYUL MAULA WA ILMUL RUSYDA.

OLEH: USTAZ MAHADZIRA AL BAQI pada umur 39 Tahun
NURUSSYIFA’ Alternative Islamic Medicine
KPG BATU BELAH
KLANG SELANGOR. 1427 Hijriah

Bismillahirrohmanirrohim,
Salamun Anbiya’ a.s
Salamun Malaikatu a s
Salamun Auli’a Allah
Salamun Mukminin wal Mukminat.
Tabaaraka wata’Ala. Ya Arhamarrohimin.

Demikian yang bakal tercatat adalah sebahagian ilmu-ilmu yang telah dapat ku raih dari allayarhamah nenek ku yang di kasihi Nasari bt Yasin. Ia adalah berkat usha dan izin Allah jua selama bertahun-tahun menuntut dari beliau sejak dari zaman remaja.
Mahasuci Allah banyak pengalaman yang aneh dan pelik-pelik berlaku sepanjang perguruan dan penyusunan oleh arwah. Tujuan penulisan ini adalah sebagai pengabadian ilmu dalam bentuk teks yang tersusun dan kemas buat renungan diri sendiri dan bakal anak cucu yang akan menyusul.
Agar mereka tidak tercari-cari dan teraba-raba di masa hadapan setelah ketiadaan kami termasuk kepergian ku sendiri kehadrat yang ku kasihi untuk bersama-sama orang yang di beri nikmat oleh Allah dan orang yang telah di teguhkan Allah perkataan mereka waktu hidup di dunia dan saat mati dan pertemuan dengan khaliqnya.
Masyaallah sesiapa yang mahu berbicara dengan RobbNya maka hendaklah membaca Al-Kitab. Pesan Rasulullah saw. Demikian itulah petunujuk dan sebenar-benar petunjuk yang Mahasuci.

Sementelah pesan Khidir as. Hendaklah kalian cari Ilmul Rusyda. Ilmu dari Allah yang Ghoib waz Dzhohir wal Bathin yakni ilmu yang menunjuki mu kejalan yang betul. Sementara umat Muhammad cukup juga dengan firman Allah yakni jika kalian menunaikan hak kami nescaya kami tunjuki ke jalan kami yakni jalan Yang Maha Pengasih dan Jalan Yang Maha Perkasa.

Mukaddimah ini ana tutupi dengan pesan Rabiatu Adawiyyah bahwa Taubat kami adalah “Taubat di atas Taubat” sementara pesan ku pula: “ Letaklah Taqwa Antara Kedua Mata Mu “.







Senarai Pertama:

Harap maklum segala catatan adalah dalam Rumanaise.
Pendinding dan pelbagai guna seperti untuk semburan atau taburan kacang hijau. Ia seakan sama dengan kegunaan ayat 9 surah Yaasin. Juga untuk naik kenderaan.

1. Wala romaita Iz Romaita Wa kinnallah Haroma.

Bahan-bahan khusus:
Paku
Buah keras
Tahi Besi
Kemenyan
Botol
Kain putih sebagai balutan untuk 5 penjuru bukan 4!.

2. Kullan Yushibana Illa Makatab’ .
Nenek mengkhususkannya utk menghadapi musuh. Baca keseluruh penjuru
badan dan dalam badan.

3. Wain’yamsaskallahu bidhurrin fala kasyifalah. ‘ cuba cari dalam kitab’

4. Buat Ibu Minyak: Bahan Minyak bugis/minyak kelapa hijau
Lidi kabung/lidi ijuk/kemenyan/bunga/limau perut/jarum/limau kerbau atau
tetek/airmata duyung

5. Ayat seribu dinar juga boleh diguna untuk penerang hati pesan nenek.

6. Minyak Ingu: Ingu/akar bunga melor/bawang putih/lada hitam/daun garuda/daun nona/rumput sambar[btg dan akar]/bacakan ayat Kaf 40’/masak minyak pun boleh.

7. Kaf 40 berguna untuk Penjinak/Pelimun/kebal/Pelepas uri/Pelaris

Ka faka Kafaka
Rabbuka Rabbuka
Kam Yakfika Kapil kapi
Wakifatun Kibka Qurbataha Ya Kau Kabar
Fuha Kikimainin Kana Yuhki
Kana munka Lika Kaukabal
Takirru Palaka.
Karran kakaril kaipi
Kabidin tuhki musak sakatan * Genggam Tangan kunci gigi
Kallat 3x atau 7x musuh banyak.
Laka lika laka


8. Asap Rabun

Kulit Belangkas
Kulit Ketam
Kulit bawang
Tangkai lada
Garam sedikit
Guna perabun jika rasukan atau budak menangis.

9. Tulisan di Tanah yang nenek nampak
“ Ya Allah! Araba Ya Min Haq” yang kemudiannya diajar oleh nenek kepada ku ia adalah zikir nabi Khidir as. Ini berkaitan dengan kisah arwah Atuk melihat di atas langit tertulis sesuatu.
Menurut ku bacaan yang tepat adalah “ Ar-Robbaya Min Haq”

10. Nama Wali-Wali 10 Menurut persepsi Nenek ku dan masih ada pembetulan yang boleh dibuat. Maklumlah orang perempuan yang tidak tertib pengajian dengar-dengar dari moyang-moyang beliau. Masalah ingatan dan sebutan lagi dipeertimbangkan.
Beliau arwah berpesan cara mengamal ialah baca yang demikian sesudah mandi membersih diri dan wudhu barangkali.
1- As Turya Ahlal Wakti
2- Ya Rijalal Ghaibi
3- Ya At’kiya
4- Ya Nukba
5- Ya Nujba
6- Ya Abdal
7- Ya Autar @ Autad menurut ku.
8- Ya Ghausu – Wali Baitullah
9- Ya Kuttub - Penghulu segala wali.
10- Ya Bulya Ibnu Mulka Ni Ibnu Samibnu Nuh as.
Anbiya Wali Penyampai.








WALKING ON WATER
BERJALAN DI ATAS AIR....???
Menurut sejarah hanya nabi Isa a.s yang di ketahui boleh berjalan di atas air. Apa signifikannya begitu? Tiada apa cuma itulah nikmat yang Allah beri kepada hamba-hambanya yang taat dan saleh.
Kebetulan ingatkanlah juga hadis ini yang saya kutip dari buku Syeikh Abdul Kadir Jailani iaitu: " Allah itu lebih pengasih kepada hambanya* dari sikap kasihannya seorang ibu kepada anaknya. "



10. Dalam buku catatan ku tertulis Baca Malam selasa. Tidak tahu apakah nenek menyuruh mula baca malam selasa atau tidak dan seterusnya tertulis

• Bismillahirrohmanirohim
• Rabbana Ahrijna, Minha Fain Udna Fainna Dhzolimuna/mina.
• Baca 11x selama 21 hari.
• Kemudian bacakan Ayat Syaidina Ali yang nenek khususkan menurut ilmunya adalah Ayat Lakad Jaa’akum

*** Kegunaan untuk tidak tenggelam dan berjalan diatas air/ gagah insyaallah. Sebagai maklumat tambahan. Nabi yang boleh berjalan di atas air adalah Nabi ISA as.
*** Cara membaca Lakad jaa’akum adalah mula-mula baca habis kemudian ulang faintawallau.
NOTA: Ayata Lakad Jaa’akum juga elok dibaca kepada orang yang
sedang nazak.

11. “ Wallah’hu azizun zun tiqom “ Ayat ini dibaca dengan hembusan keras kearah ganguan seperti pelesit dan lembaga. Bermaksud Allah Yang Maha Perkasa dan mempunyai siksaan yang keras.

12. Nenek ada mengajar Surah Yaasin yang memiliki 9 wakaf MUBIN.

Menurut beliau ada penjaga-Nya pada setiap wakaf itu. Ia tidak di turunkan disini atas sebab tertentu. Yang penting kita semua mengaku Yaasin adalah hati Al-Quran. Syukran.